TWITTER

Sunday, November 20, 2011

Apa Itu HDR Tone ?


-start-

Dalam bidang fotografi, grafik berkomputer dan pemprosesan imej

, terdapat satu teknik yang membenarkan penghasilan imej secara dinamik yang dinamakan 'High Dynamic Range Image' atau singkatannya disebut 'HDR'. Teknik ini menggabungkan sekurang-kurangnya tiga imej yang setiap satunya mempunyai kadar dedahan cahaya (exposure) yang berbeza antara terang dan gelap.


HDR pertama kali diperkenalkan antara tahun 1930 hingga 1940

oleh Charles Wykoff. Beliau telah menghasilkan foto terperinci letupan nuklear yang telah berlaku pada awal tahun 1940an dan karyanya telah dijadikan muka depan majalah LIFE.


Proses penghasilan HDR ketika awal pengenalannya memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan kerana prosesnya agak rumit, lebih-lebih lagi teknologi di waktu itu masih terlalu jauh berbanding ketika ini. Berbeza di zaman ini, proses penghasilannya telah dipermudahkan beratus kali ganda. Penciptaan pelbagai perisian untuk menghasilkan HDR telah memendekkan penghasilannya sehingga tahap kurang dari lima belas (15) minit bergantung kepada kelajuan komputer anda.


Kemunculan semula HDR dalam era digital kini sebenarnya telah menyelamatkan banyak imej yang selama ini dikategorikan sebagai rosak atau 'reject' kerana sebab-sebab yang berbagai. Imej pemandangan yang diambil antara jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang misalnya, adal

ah dianggap tidak sesuai dipamerkan.


Sebagai contoh lihat gambar


di bawah ini :


1

2

3

-done-

No comments:

Post a Comment